icon-search
icon-search

Pembebasan Baitul Muqaddis

Pembebasan Baitul Muqaddis

Hari ini dalam sejarah! Pada 835 tahun lalu , Kota Suci Baitul Muqaddis berjaya ditakluk semula oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Jom baca ringkasan kempen penaklukan di bawah.

Laluan ke Baitul Muqaddis terbuka luas setelah pasukan Sultan Salahuddin memperoleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Sultan Salahuddin telah mengumpul 40,000 kekuatan tentera Islam di segenap wilayah jajahan Al-Ayyubi untuk membalas serangan Reynald de Chatillon atau Reginald. 

Reynald telah melanggar perjanjian damai dengan menyerang rombongan dagang Islam di Kerak. Perjanjian ini dipersetujui oleh Raja Baitulmuqaddis , Baldwin IV sebelum kemangkatannya dengan Sultan Mesir dan Syria.

Guy de Lusignan , Balian of Ibelin dan Reynald antara watak utama Tentera Salib dalam menghadapi keberangan Tentera Islam.

Sultan Salahuddin bijak mengatur strategi dan taktikal perang. Sedar bahawa lebih mudah untuk menewaskan musuh di kawasan terbuka berbanding tembok kota.

Tentera Salib yang mendirikan kem di Saffurya membuka mata Sultan Salahuddin. Tentera Islam sengaja memilih untuk menyerang dan menakluk kota Tiberias. 

Perangkap berjaya satu demi satu. Tentera Salib mara meninggalkan Saffurya menuju ke Tiberias. 

Cuaca panas , terik dan berdebu. Pasukan pemanah berkuda tentera Ayyubis menyerang dari segenap arah. Tentera Islam menekan musuh sepanjang malam.

Belukar di kawasan sekitar dibakar. Asap yang ditiup angin membuatkan ramai tentera Salib tidak selesa dan sakit. Ini memaksa Guy De Lusignan bergegas ke Tiberias.

Menjelang pagi , semua laluan melepaskan diri disekat oleh tentera Islam. Mereka dikepung , cuba bertempur tetapi tidak berdaya , musuh tewas dan menyerah kalah. 

Kemenangan di Hattin meranapkan kekuatan Kerajaan Kristian BaitulMuqaddis dan membuka laluan mudah kepada Sultan Salahuddin untuk menakluk kota suci pada 2 Oktober tahun yang sama. Sultan Salahuddin meneruskan kemaraan ke Jerusalem.

Namun , Baginda tidak terus ke sana sebaliknya mengambil peluang untuk mengambil alih semula jajahan dan kedudukan pihak Frank . Boleh kata hampir tiada tentangan dihadapi oleh tentera Islam.

Tiberias , Acre , Haifa , Arsuf , Tibnin , Beirut , Jubail dan Ascalon jatuh ketangan orang Islam.

Hampir semua kubu dan kota disekeliling Jerusalem ditawan agar bantuan musuh tidak sampai. Baginda Sultan sampai ke Jerusalem tiba disana pada 20 September 1187.

Balian dari Ibelin memegang tampuk pemerintahan kerana sudah kehilangan Sang Raja. Ya , Balian inilah yang melarikan diri dari medan tempur Hattin sebelumnya.

Tentera Islam menyerang dari barat , utara dan juga menggali terowong. Benteng utama roboh. Balian mengugut untuk membunuh lebih 5000 orang Islam dalam kawasan tersebut dan memusnahkan tempat-tempat suci sekiranya rundingan tidak berjaya.

Pada 2 Oktober 1187 berlakulah perjanjian penyerahan Jerusalem dengan aman. Tidak seperti bala tentera Salib merampas kota suci tersebut semasa Perang Salib Pertama. Allahuakbar! Kota Baitul Muqaddis ditawan kembali.

Situasi yang sama ketika buat pertama kalinya Saidina Umar menakluk Baitul Muqaddis. Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Byzantine. Sedangkan Tentera Byzantine 'membantai' orang Yahudi ketika penguasaan mereka.

Kini , penduduk Palestin ditekan dan ditindas. Mereka mewakili kita mempertahankan Kota Suci umat Islam. Hidup serba kekurangan. Bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang. Sama-sama kita doakan kemenangan dan kesejahteraan Palestin.

Sejarah panduan mencorak masa depan! Kita menguasai dunia suatu masa dulu. Ayuh kita kembalikan kegemilangan Islam.

Oh iya , Sultan Salahuddin meninggalkan Baitul Muqaddis tak sampai 40 hari untuk kempen peperangan seterusnya. Apakah yang terjadi selepas itu?? 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping