icon-search
icon-search

PERISTIWA DEIR YASSIN

PERISTIWA DEIR YASSIN

Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah BaitulMaqdis. 


Peristiwa di barat Baitulmaqdis pada 9 April 1948 itu merupakan salah satu pembunuhan paling kejam dalam sejarah konflik di Palestin, di mana mangsa-mangsa disembelih, dipotong anggota badan mereka serta dirogol, dan mereka yang terselamat diarak di sepanjang kawasan kejiranan Yahudi sebelum dibunuh. Mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.


Pada bulan November 1947, PBB telah mencadangkan pembahagian tanah Negara Palestin kepada dua negara berasingan bagi Arab dan Yahudi dan Baitul Maqdis ditadbir oleh sebuah badan antarabangsa. Namun, cadangan tersebut ditolak kerana bercanggah dan meyebabkan keadaan semakin tegang.


Perkampungan Deir Yassin sebelumnya adalah perkampungan yang tenang dan permai. Berada di tengah-tengah antara Jerusalem dan Tel Aviv, Deir Yassin menjadi salah satu wilayah yang sangat strategik. Bertahun-tahun sebelum peristiwa Jumaat pagi yang kelam itu, kelompok Zionis telah merancang rencana pembersihan penduduk Deir Yassin.

WhatsApp Image 2023-04-12 at 10.08.45 (1)


Oleh kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Baitulmaqdis Barat, ia termasuk dalam Rancangan Pembahagian PBB bagi mewujudkan wilayah Baitulmaqdis yang bebas. Pasukan bersenjata Yahudi yang memasuki Deir Yassin merupakan ahli kepada dua kumpulan pelampau bawah tanah iaitu Irgun dan Lehi, yang juga dikenali sebagai Stern Gang.


Mereka menyerang Deir Yassin bagi membersihkan Baitulmaqdis daripada penduduk Arab, di samping memberi amaran kepada penduduk-penduduk Palestin lain di kawasan sekitarnya. Mereka tiba di penjuru Deir Yassin pada jam 4:30 pagi, mengambil kedudukan masing-masing dan mula melepaskan tembakan namun penduduk enggan lari kerana menjangkakan ianya hanyalah satu operasi serbuan yang tidak bermaksud untuk membunuh dan menghalau mereka.


Mereka menembak penduduk di jalanan, membaling grenad ke dalam rumah dan membunuh mereka yang berlindung. Mereka juga merogol penduduk wanita dan memotong badan mereka. Penduduk kampung yang terselamat diarak di kawasan kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis Barat sebelum dibunuh. 


Pihak jawatankuasa kecemasan Arab hanya mengetahui tentang serangan tersebut sekitar jam 9:00 pagi. Sungguhpun mereka merayu tentera British supaya melindungi penduduk, pihak berkuasa Mandat British enggan berhadapan dengan militan Yahudi.


Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping