ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab menjadi satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. Sesungguhnya, apabila DIA berkehendak sesuatu, maka terjadilah ia. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang penting selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Selain itu, tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana isterinya Khadijah binti Khuwalid dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia.
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan kisah perjalanan Rasulullah S.A.W. bersama Malaikat Jibril yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama, Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad menaiki haiwan Buroq dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Manakala fasa kedua, Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Peristiwa ini tercatat dalam al-Quran, Allah S.A.W. berfirman;
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al Israa’: 1)
Menariknya, keseluruhan perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. hanya berlaku pada satu malam sahaja. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam.
Sebelum melalui peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril. Hati Baginda dicuci dengan air zam zam serta dibuang ketulan hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buroq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘ISRAK’.
Sepanjang perjalanan Israk itu, Nabi Muhammad S.A.W. ditemani oleh Malaikat Jibril. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat yang menjadi tempat penghijrahan) Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Di antara tempat tersebut ialah:
▪️Negeri Thaibah (Madinah) tempat dimana Rasulullah akan melakukan hijrah,
▪️Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah S.W.T.
▪️Baitul-Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan)
Dalam perjalanan tersebut, terdapat pelbagai peristiwa ajaib yang berlaku.
Klik gambar diatas untuk mendapatkan Hoodie Saladin
Bersambung…………