icon-search
icon-search

Sang Pembebas Baitul Maqdis

Sang Pembebas Baitul Maqdis

Sejarah tercipta pada bulan Oktober 1187. Yusuf Bin Ayyub pengasas Dinasti Ayyubi telah mengukir sejarah sebagai pembebas Baitul Maqdis.

Kalian wajar tahu bahawa beliau merupakan seorang yang berbangsa Kurdi dan bukan lahir sebagai putera raja yang menerajui tampuk pemerintahan.

Ayahnya , Najm Ad-Din Ayyub merupakan seorang gabenor di Wilayah Baalbek.Satu kawasan di Lebanon. Jaraknya 67 km dari Beirut. Baalbek juga dikenali sebagai Heliopolis pada zaman Yunani dan Rom.

Pemerintah Kerajaan Dinasti Zangi pada waktu itu ialah Sultan Imaduddin Zangi dan karakter penting juga pada era tersebut ialah anaknya iaitu Nur Ad-Din.

IMG-20221018-WA0045Sumber : Famous Wonders

Sejak kecil lagi , Yusuf Bin Ayyub menerima latihan ketenteraan dari bapa saudara baginda iaitu Shirkuh , panglima kepada Nur Ad-Din. Beliau , seringkali juga mewakili pemerintah waktu itu dalam kempen peperangan menentang kerajaan Fatimmiyyah di Mesir.

Siapa sangka beliau dapat bertahan dengan pelbagai konflik dan perebutan kuasa pada zaman tersebut. Malahan , sebagai seorang yang berbangsa asing dan tidak mempunyai kuasa terhadap tentera Mesir.

Sehinggalah Nur Ad-Din meninggal dunia pada tahun 1174 , barulah beliau memulakan beberapa siri ketenteraan. Kemudian diangkat menjadi Raja Mesir dan mengisytiharkan bebas dari Kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayyubiyah.

Konflik ekonomi , politik , serangan Tentera Salib , peperangan demi peperangan , semuanya perlu diuruskan oleh Yusuf Bin Ayyub. Sehingga muncul peluang demi peluang untuk membebaskan Baitul Maqdis dari penguasaan musuh.

IMG-20221018-WA0043Sumber : Weapons And Warfare

Setelah 88 tahun , Baitul Maqdis ditawan akhirnya mimpi ngeri bertukar menjadi mimpi indah. Islam menguasai semula kota suci tersebut.

Siapa sangka dari seorang Kurdi yang sinonim dengan bangsa nomad mampu menguasai dunia! Dan telah terbukti kemajuan Islam bukan terletak pada bangsa Arab sahaja. 

Baitul Maqdis dibebaskan oleh bangsa Kurdi. Kota Konstatinopel dibebaskan oleh bangsa Turki. Sangat jelas , kita semua perlu memainkan peranan masing-masing. 

Kini , Baitul Maqdis ditekan dan dijajah oleh musuh. Apa peranan kita ? Masih ramai yang alpa dan tidak peduli tentang kezaliman yang berlaku terhadap suara kita.

Mereka yang hidup dan tinggal di Palestin wakil kepada kita mempertahankan kota suci umat Islam ke-3. Tetapi kita? Adakah masih peduli atau leka?

Bangkitlah saudaraku. Kita harus bersatu. Siapakah pembebas seterusnya ?

Di bulan Oktober ini , marilah kita memperingati kisah salah seorang superhero yang membebaskan Baitul Maqdis. Beliaulah Yusuf Bin Ayyub atau dikenali sebagai Sultan Salahudin! Beliaulah Saladin yang menjadi mimpi ngeri barat suatu ketika dulu !!

Berani kongsikan secebis kisah ini dengan rakan-rakan? Copy-paste sahaja link ini dan sebarkanlah di segenap penjuru sosial media kalian.

Semoga lahirnya lebih ramai Sang Pembebas Kota Palestina pada masa akan datang.

                              IMG-20221018-WA0046




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping