icon-search
icon-search

Normalisasi Palestin Alaf Baru

Normalisasi Palestin Alaf Baru

Baru-baru ini viral satu content dari influencer terkenal dunia memuat naik kisah berkisar Palestin dan Israel.

Lebih 125,000 sukaan dan 20,000 komen. Ada yang menyokong ada yang tidak bersetuju.

Video tersebut menyeru untuk kebersamaan. Hidup bersama dengan aman antara dua negara. 

Video yang agak berat sebelah itu cuba menerapkan normalisasi. Perkara ini sangat merisaukan.

Bayangkan anak-anak muda melihat video tersebut tanpa mempunyai pengetahuan tentang Palesin yang cukup. Adakah mereka akan terpengaruh?

Bukan sahaja anak muda zaman sekarang malah dari dulu isu normalisasi ini timbul dan bukan sahaja disokong oleh orang bukan Islam malah dari umat Islam sendiri.

Whats-App-Image-2022-10-12-at-11-56-32

Allahyarham Yusuf Al-Qaradhawi sangat menentang isu normalisasi ini sekian lama. Antara pandangannya ialah :- 

1. Analogi yang mudah

Musuh masuk ke rumah anda. Anda dibenarkan tinggal di ruang yang paling kecil. Mungkin juga anda dan keluarga dihalau dari rumah anda sendiri.

2. Dr Yusuf telah menegaskan bahawa keadaan yang berlaku di bumi Palestin bukan keadaan biasa. 

Bumi Palestin ialah bumi yang suci di mana tersergam  Masjid Al-Aqsa yang menjadi tapak berakhirnya Israk Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj. Kiblat pertama umat Islam.

3. Bagaimana kita mampu melihat bangsa Yahudi menyembelih penduduk Palestin di dalam masjid Nabi Ibrahim AS ? 

4. Bagaimana kita merelakan pembunuhan orang yang rukuk dan sujud dalam Baitullah dalam bulan Ramadhan? 

5. Kita rela bangsa Yahudi merampas bumi Palestin dan mengharamkan umat Islam masuk ke bumi itu? 

6. Mereka mencabut tanaman. Gunakan jentolak milik mereka memusnahkan rumah penduduk tempatan.

7. Mereka mengorek lubang sekitar Masjid Al Aqsa sari bawah bagi meruntuhkan masjid dan mendirikan Haikal Sulaiman ?

8. Mereka mempunyai gedung senjata dan menggunakan senjata kimia bakteria menyerang kita dalam negara sendiri.

9. Perdamaian dirancang supaya rakyat Palestin ditindas oleh bangsa sendiri.

Begitulah saudara. Harap anda sudi kongsikan posting ini agar lebih ramai umat Islam mengambil berat isu ini. Berani share link artikel ini di group whatsapp ? Penulis mencabar semua pembaca ya!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping